Hai pembaca semua.
Mek ila doakan semua pembaca sihat dan ceria selalu. Pada kali ini, Mek ila akan menulis review tentang kereta Polo Volkswagen ini, salah sebuah kereta yang memang menjadi idaman Mek ila untuk memilikinya.
Semuanya bermula kira-kira 3 tahun yang lalu ketika Mek ila mendengar promosi tentang Polo di sebuah radio. Malah, keinginan untuk memiliki Polo semakin membara apabila Volkswagen membuka cawangannya di Semenyih pada awal 2016. Bayangkan hari-hari lalu di hadapan kedai kereta yang kita suka, tentulah perasaan untuk membelinya semakin kuat.
Jom kita tengok dulu video tentang Polo Volkswagen ini.
Best Ke Polo Volkswagen Ini?
Walaupun memang berkenan dengan si comel Polo ini, Mek ila turut membuat beberapa kajian dan sempat bertanyakan pandangan kepada 2 orang pemilik Polo sebelum memutuskan untuk membelinya. Yang pertama sekali berkongsi pandangan tentang Polo ialah Encik Arif – salah seorang pengguna Polo yang diperkenalkan oleh sales Advisor Mek ila – Ms May. Memang bagus servis dan layanan yang diberikan oleh Ms May, seperti seorang teman yang telah kenal sejak sekian lama.
Orang kedua yang Mek ila jumpa ialah Puan M dan suaminya. Bayangkan mereka ini telah membeli Polo kira-kira 3 tahun yang lalu dan mereka kemudiannya memutuskan untuk membeli sebuah lagi Polo. Walau bagaimanapun mereka akhirnya membeli Vento, salah sebuah kereta Volkswagen yang hampir sama spesifikasinya dengan Polo cuma saiznya adalah lebih besar.
Daripada pemerhatian Mek ila, ramai yang ragu-ragu untuk membeli Polo kerana risau dengan harga penyelenggaraannya. Namun setelah membuat beberapa perbandingan, boleh dikatakan harga servis atau penyelenggaraan Polo adalah sepadan dengan tempoh kegunaannya. Sebagai contoh, kereta jenis lain mungkin perlu diservis untuk setiap 5000km atau 10000km. Polo pula hanya perlu diservis untuk setiap 150000km atau setahun sekali yang mana lebih awal. Jadi ianya tidaklah mahal seperti yang difikirkan.
Warna Polo Volkswagen
Pada ketika ini, Polo cuma mempunyai 4 pilihan warna seperti di bawah. Mek ila memang berkenan dengan warna merah jadi tentulah Flash Red menjadi pilihan Mek ila.
Walaupun mempunyai beberapa masalah di pihak Mek ila sehingga Mek ila lewat mendapat kereta, Mek ila puji sangat sikap Ms May dan pengurusan Volkswagen Semenyih. Mereka sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan sangat professional. Seriously, Mek ila happy sangat dapat berurusan dengan mereka. Urusan tinted kereta juga dilaksanakan sepenuhnya di centre Volkswagen, jadi bila ambil kereta, si Merah telah siap untuk dipandu sepenuhnya.
Memandangkan Mek ila agak kekok untuk memandu Polo, Ms May dengan senang hati telah menjadi cikgu memandu peribadi Mek ila selama lebih 1 jam pada hari tersebut. Setelah yakin, barulah Mek ila memandu pulang Polo dengan senang hati.
Apa yang boleh Mek ila katakan setakat ini, memang berbaloi membeli Polo. Ia bukan sahaja comel dan bergaya, pemanduannya juga adalah selesa dan turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini. Ia juga antara kereta continental termurah dan mampu milik.
Jadi kalau pembaca semua pernah atau terfikir untuk membeli Polo, jangan ragu-ragu untuk mencubanya ok. InsyaAllah di masa yang lain, Mek ila akan tulis lagi review tentang si merah ini. Kalau pembaca ada sebarang pertanyaan berkenaan Polo, nak test drive dan sebagainya, boleh ajukan terus pada Ms May. Memang highly recommended!
Jumpa lagi!
Mek ila
Pengedar Sah Shaklee
013-6751381