Quantcast
Channel: Cerita Tentang Semenyih – Mek Ila JV | Shaklee Semenyih
Viewing all articles
Browse latest Browse all 18

Menikmati Hidangan Makan Malam Yang Menarik Di Shaqhel’s Kitchen Semenyih

$
0
0

Sebenarnya dah lama encik Hubby nak ajak Mek ila makan di sini. Tapi biasalah, masa sering mencemburui kami, hihi. Kata encik hubby, kedai ni dah 2-3 bulan buka di Semenyih namun Mek ila sendiri pun tak perasan hinggalah kami ke sana buat kali pertama pada minggu lepas.

Tempat Makan Best Semenyih Shaqhels Kitchen
Kedai ini memang nampak cantik dan mempunya deko yang menarik.  Walaupun kedainya kecil, setiap sudut dipenuhi dengan elemen yang agak klasik. Menjadikannya lokasi kedai makan yang santai, selesa dan sesuai untuk dikunjungi bersama-sama keluarga.

Papan makluman mereka juga menarik. Cuba menyampaikan mesej yang santai bahawa waktu makan  adalah masa terbaik untuk berkomunikasi bersama sama tanpa sebarang gangguan daripada gadget elektronik.

Restoran Shaqhels Kitchen Semenyih 1

Pada malam itu juga pengunjung turut dihiburkan oleh 2 orang jejaka ala-ala small band yang menyanyikan lagu-lagu klasik. Kiranya sambil makan,  sambil berhibur dengan lagu lagu yang didendangkan secara live.

Restoran Shaqhels Kitchen Semenyih
Sambil menunggu hidangan disediakan, Akmal & Arif juga berjalan-jalan di dalam kedai. Dalam banyak banyak benda inilah yang paling disukai oleh Akmal. Siap bagi-bagikan lagi untuk mama, papa, abang dan Wan mengikut warna. Nasib baiklah helmet superhero ni digantung di bahagian yang tinggi, kalau rendah habislah diambil oleh Akmal.

Restoran Shaqhels Kitchen Semenyih 3

Satu lagi yang Mek ila suka tentang kedai ini ialah pekerjanya yang sangat peramah dan suka tersenyum. Ambil order pun bagus. Keep it up ye.

Restoran Shaqhels Kitchen Semenyih 2
Meja yang digunakan di sini pun unik. Rasanya ditempah khas supaya sesuai dengan konsep kedai ini.

Restoran Shaqhels Kitchen Semenyih 4

Makan Time

Tak sampai 15 minit, makanan yang diorder pun sampai. Memang cepat. Mek ila order Lamb Chop, encik hubby order Chicken Marryland manakala Wan dan Arif pula order Chicken Grilled.

Menu Shaqhels Restoran Semenyih Lamb Chop : RM16

 Menu Shaqhels Restoran Semenyih 3Grilled Chicken Chop : RM12

Menu Shaqhels Restoran Semenyih 2Chicken Marryland RM12

Susun atur hidangan pun cantik dan menarik. Harga makanan juga sangat berpatutan. Pendek kata, bolehlah datang selalu ke sini.

Untuk pemilik restoran ini, All the best dan semoga maju jaya.

Nota: Restoran ini terletak di Semenyih Central, di laluan pasar Malam Semenyih.   InsyaAllah nanti kalau pergi lagi, Mek ila ambil alamatnya ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 18